Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday 16 June 2011

Sifat Cemburu..


CEMBURU disebabkan oleh perasaan iri hati, kurang percaya atau syak wasangka terhadap pasangan. Setiap pasangan yag bercinta tentu pernah berasa cemburu, takut kekasih diambil orang atau takut si Dia beralih arah kepada orang lain.

CEMBURU ada dalam pelbagai sifat sama ada secara positif dan negatif. Bila menyebut perkataan cemburu, pasti ramai yang menganggap golongan wanita lebih kuat cemburu. Sebenarnya, sifat cemburu bukan hanya dimiliki oleh golongan wanita malahan golongan lelaki juga.

EMOSI memainkan peranan yang penting dalam hidup. Bila emosi mula terganggu, mulalah kita berfikir yang bukan2. Oleh itu, perasaan cemburu perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak berasa rimas dan bosan.

Untuk MENGATASI cemburu, kita perlu menggunakan fikiran untuk mengawal emosi dengan berfikir secara rasional dan matang. Jangan sesekali membiarkan fikiran berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu. Berfikir lah secara positif apabila mula dihantui perasaan cemburu.

Kerana ia bukan sahaja dapat mengatasi perasaan cemburu malahan pasangan akan berasa lebih disayangi kerana kite lebih memahaminya. Seandainya si Dia sememangnya MENIPU, biarlah masa atau keadaan yang menentukan semuanya.

No comments:

Post a Comment