Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday 2 June 2011

Memujuk Si Dia Yang Merajuk


Pada kebiasaannya, si Dia merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara pasangan. Perselisihan faham ini boleh menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya.

Kat sini terdapat beberapa cara untuk memujuk si Dia:-

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila si Dia merajuk, si Dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan si Dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si Dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si Dia sokongan yang diperlukan. Jika si Dia mendiamkan diri dengan mebuat sesuatu tanpa mengendahkan anda, biarkan si Dia berbuat apa yang dia inginkan. Walaupun dari luaran kita nampak si Dia sedang membuat sesuatu, tetapi di dalam akal fikirannya si Dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si Dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si Dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati si Dia
Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan anda gunakan masa yang ada untuk mencari jalan untuk menghiburkan diri si Dia. anda.

No comments:

Post a Comment